Dengan membuat tempahan bersama ZE Travel & Tours, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma & syarat yang dinyatakan di bawah.
Tempahan hanya dianggap sah selepas bayaran deposit atau bayaran penuh diterima oleh pihak ZE Travel & Tours.
Tempahan adalah tertakluk kepada kekosongan hotel, penerbangan, pengangkutan, tiket dan perkhidmatan berkaitan.
Pelanggan hendaklah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap semasa membuat tempahan.
Sebarang kesilapan maklumat yang diberikan oleh pelanggan adalah menjadi tanggung jawab pelanggan.
Jumlah deposit dan baki bayaran adalah berdasarkan pakej yang dipilih.
Baki bayaran hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak ZE Travel & Tours.
Kegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan tempahan dibatalkan dan tertakluk kepada caj pembatalan.
Sebarang bayaran tambahan yang timbul akibat perubahan permintaan pelanggan akan dimaklumkan sebelum pengesahan.
Harga pakej adalah berdasarkan butiran yang dinyatakan pada pakej semasa tempahan dibuat.
Harga dan availability adalah tertakluk kepada perubahan sebelum tempahan disahkan.
Sebarang promosi, diskaun atau harga istimewa adalah tertakluk kepada tempoh dan syarat yang ditetapkan.
Harga tidak termasuk perkara yang dinyatakan di bahagian EXCLUDE dalam pakej.
Pelanggan hendaklah merujuk kepada bahagian INCLUDE dan EXCLUDE bagi mengetahui perkhidmatan yang termasuk atau tidak termasuk dalam pakej.
Sebarang perkhidmatan tambahan yang tidak dinyatakan dalam pakej boleh dikenakan bayaran tambahan.
ZE Travel & Tours membenarkan pelanggan membuat permintaan untuk mengubah itinerary mengikut keperluan dan citarasa pelanggan.
Sebarang perubahan itinerary adalah tertakluk kepada availability, masa perjalanan, waktu operasi, keadaan destinasi dan faktor berkaitan.
Perubahan atau penambahan aktiviti mungkin melibatkan caj tambahan.
Itinerary yang telah dipersetujui boleh berubah sekiranya terdapat faktor di luar kawalan seperti cuaca, trafik, penutupan tempat lawatan, perubahan jadual penerbangan atau keadaan lain yang tidak dapat dielakkan.
Sebarang perubahan akan dibincangkan bersama pelanggan terlebih dahulu sekiranya keadaan mengizinkan.
Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dimaklumkan kepada ZE Travel & Tours dengan segera.
Polisi pembatalan dan pemulangan bayaran adalah tertakluk kepada pakej, tempahan hotel, penerbangan, tiket, pengangkutan dan perkhidmatan yang telah ditempah.
Deposit atau bayaran tertentu mungkin tidak boleh dikembalikan sekiranya terdapat caj daripada pihak pembekal.
Sebarang pemulangan bayaran, jika berkenaan, akan dibuat selepas semua caj pembatalan atau potongan yang berkaitan diselesaikan.
Pelanggan dinasihatkan untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak ZE Travel & Tours sebelum membuat sebarang pembatalan.
Hotel adalah berdasarkan pilihan dan kategori yang dinyatakan dalam pakej.
Hotel tertakluk kepada availability.
Sekiranya hotel yang dipilih tidak tersedia, ZE Travel & Tours boleh menawarkan hotel lain yang setara, tertakluk kepada persetujuan dan availability.
Permintaan khusus seperti jenis bilik, tingkat bilik, connecting room atau bilik bersebelahan adalah tertakluk kepada availability pihak hotel.
Jadual penerbangan adalah tertakluk kepada pihak syarikat penerbangan dan boleh berubah.
ZE Travel & Tours tidak bertanggungjawab terhadap perubahan jadual, kelewatan atau pembatalan penerbangan yang dibuat oleh pihak syarikat penerbangan.
Sebarang kos tambahan yang timbul akibat perubahan penerbangan, bagasi tambahan, pemilihan tempat duduk atau perkhidmatan tambahan adalah tertakluk kepada caj yang berkenaan.
Perkhidmatan pengangkutan adalah berdasarkan pakej yang dipilih dan jumlah peserta yang telah ditempah.
Pelanggan bertanggungjawab memastikan passport, visa, permit dan dokumen perjalanan lain adalah sah dan lengkap sebelum perjalanan.
Pelanggan hendaklah memastikan passport mempunyai tempoh sah yang mencukupi mengikut keperluan negara yang dilawati.
Sebarang keperluan visa atau dokumen perjalanan adalah tertakluk kepada peraturan negara destinasi dan pihak berkuasa berkaitan.
ZE Travel & Tours tidak bertanggungjawab terhadap masalah perjalanan yang berpunca daripada dokumen pelanggan yang tidak lengkap, tamat tempoh atau tidak sah.
Pelanggan digalakkan mendapatkan insurans perjalanan yang bersesuaian sebelum memulakan perjalanan.
Perlindungan insurans adalah bergantung kepada polisi dan syarat syarikat insurans yang dipilih.
Insurans perjalanan hanya termasuk dalam pakej sekiranya dinyatakan secara khusus di bahagian INCLUDE.
Pelanggan hendaklah mematuhi jadual perjalanan dan arahan yang diberikan sepanjang perjalanan.
Pelanggan bertanggungjawab menjaga barangan peribadi sepanjang perjalanan.
Sebarang kehilangan atau kerosakan barangan peribadi adalah menjadi tanggungjawab pelanggan, tertakluk kepada perlindungan insurans jika ada.
Pelanggan hendaklah memastikan diri berada di lokasi dan masa yang telah ditetapkan sepanjang perjalanan.
ZE Travel & Tours tidak bertanggungjawab terhadap perubahan atau gangguan perjalanan yang berpunca daripada keadaan di luar kawalan munasabah, termasuk tetapi tidak terhad kepada:
Cuaca buruk atau bencana alam
Kesesakan atau gangguan trafik
Penutupan tempat lawatan
Perubahan atau pembatalan penerbangan
Arahan pihak berkuasa
Gangguan pengangkutan
Keadaan kecemasan atau faktor lain yang tidak dapat dielakkan
Dalam keadaan tersebut, ZE Travel & Tours akan berusaha untuk menyediakan alternatif yang bersesuaian mengikut keadaan dan availability.
Sekiranya terdapat perubahan kos daripada pihak hotel, syarikat penerbangan, pengangkutan, tempat lawatan atau pembekal perkhidmatan sebelum tempahan disahkan, ZE Travel & Tours berhak membuat pelarasan harga dan akan memaklumkan kepada pelanggan.
Dengan membuat bayaran atau mengesahkan tempahan, pelanggan dianggap telah:
Membaca dan memahami Terma & Syarat ini.
Bersetuju dengan syarat tempahan yang dinyatakan.
Memahami bahawa harga dan availability adalah tertakluk kepada pakej yang dipilih.
Bersetuju bahawa perubahan itinerary boleh berlaku atas faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Bersetuju bahawa permintaan custom itinerary mungkin melibatkan caj tambahan.
Sebarang pertanyaan berkaitan pakej, bayaran, perubahan itinerary atau tempahan boleh diajukan kepada:
ZE TRAVEL & TOURS
📱 WhatsApp: 017 789 0720
Kami akan membantu anda mendapatkan maklumat dan pakej yang bersesuaian dengan keperluan perjalanan anda.
Terima kasih kerana memilih ZE Travel & Tours.